Petikan Ucapan dan pembentangan kertas kerja Hj Mohamad Sabu di German
Mengandungi kekaguman kepada Syiah.
Terjemah Bahasa Malaysia
Frankfurt, German- Kertas kerja yang telah dibentangkan oleh Mohamad Sabu di Universiti Goethe, FRANKFURT dan Universiti Humboldt, BERLIN, kepada Professor-professor dan pensyarah-pensyarah serta pelajar di universiti tersebut.
The rise of Khomeini and the revolution in IranI feel that after Jamaluddin al-Afghani, several ulama and thinkers had arisen to awaken the consciousness of the Muslims as to the true meaning of their religion and in this I would say it was Imam Khomeini who had the most profound influence on the direction of the Islamic movement.
Kebangkitan Khomeini dan revolusinya di Iran mendorong saya beranggapan bahawa selepas Jamaluddin al-Afghani, beberapa lagi ulamak dan para pemikir telah bangkit untuk mengembalikan kesedaran umat Muslim kepada maksud sebenar agama mereka. Dalam konteks ini, saya berpendapat, Imam Khomeini adalah paling terkemuka mengenai arah tuju gerakan Islam ini.
Imam Khomeini was successful in his struggle to re-establish Islam. His success is in using the platform of Islam to achieve the goal of reviving the Muslim ummah in their struggle to achieve true independence, justice and destroying the feudal structure established in Iran under the Shah. Besides, his was struggle of the oppressed (Muslim masses) against the oppressors (the Shah and his aristocratic class).
Imam Khomeini berjaya dalam perjuangannya memperkasakan semula Islam. Beliau berjaya menggunakan pletfom Islam bagi mencapai matlamat memulihkan umah Muslim dalam perjuangan mereka memperolehi kemerdekaan sejati, kesaksamaan serta menghancurkan struktur feudal di bawah Shah di Iran. Selain itu, perjuangan beliau juga merupakan perjuangan bagi pihak Muslim yang tertindas mementang penindasnya iaitu Shah Iran serta kelompok aristrokratnya.
The difference between Khomeini’s struggle and that of the socialists was that he used religion to mobilize the people to overthrow oppression whereas the socialists rejected any role for religion in their struggle.
Beza antara perjuangan Khomeini dengan perjuangan kelompok soasialis adalah Khomeini menggunakan agama untuk menggerakkan rakyat menggulingkan pihak yang menindas mereka, sementara pihak sosialis pula menolak peranan agama dalam perjuangannya.
Khomeini’s movement under the banner of defending the oppressed (mustadhafin) and facing the oppressors (mustakbirin) drew my attention as well as my friends in PAS Youth in the early 1980s.
Perjuangan Khomeini di bawah panji-panji mempertahankan pihak tertindas (mustadhafin) untuk menggulingkan pihak penundasnya (mustakbirin), menarik perhatian saya serta sahabat-sahabat saya di dalam Pemuda PAS pada tahun-tahun 1980-an.
The Islamic revolution in Iran was the focus of our attention – we studied it, followed events in the Islamic republic and increased our awareness of the movement brought about by the revolution.Therefore, never in our minds did it cross that we would have to sideline religion as the basis of a struggle.
Revolusi Islam di Iran menjadi fokus perhatian kami --- kami mengkajinya, mengikuti seluruh peristiwa di republik Islam ini, dan meningkatkan kesedaran kami terhadap apakah yang telah dimunculkan oleh gerakan ini mengenai revolusi. Oleh sebab itu, tidak pernah terlintas di pemikiran kami untuk meminggirkan agama sebagai landasan kepada sesuatu perjuangan.
In a party based on Islam, we in PAS, we further galvanized by the success of the Islamic revolution. This feeling and commitment began to spread amongst the Muslim youth.
Lantas sebagai sebuah parti berasaskan Islam, kami dalam PAS, menjadi lebih kagum dengan kejayaan revolusi Islam ini. Perasaan dan komitmen ini merebak di kalangan beliau Muslim.
However, as usual, the court ulama –peddling religion as opiate – tried and succeeded in stemming the consciousness of the youth by embarking on the Sunni-Shiah issue thus denting the movement towards success.
Namun, seperti lazimnya, kumpulan ulama makhamah yang menjajakan agama sebagai candu, mencuba dan berjaya untuk mematahkan kesedaran kumpulan belia ini menerusi isu Sunni-Syiah dan seterusnya melemahkan gerakan ini untuk merangkul kejayaan.
The monarchies ruling over the Muslims particularly the Saudis launched a propaganda war against the Shiah hoping that this would then ensure their survival.
Pihak Raja-Raja yang memerintah umat Muslim, khususnya di Arab Saudi, pula melancarkan propaganda terhadap Syiah dengan harapan dakyah ini akan mengekalkan kelangsungan mereka.
The other Arab leaders were also wary of the growing influence of the Islamic movement and tried to stop the march of the movement in order to remain in power.
Lain-lain pemimpin Arab juga bimbang terhadap perkembangan pengaruh gerakan Islam ini dan cuba untuk menumpaskannya sebagai kaedah bagi mengekalkan kekuasaan mereka.
The other factor was of course the strong influence the US and some other Western powers had over the Saudis and other Arab states especially in the Gulf. These countries rich with oil are practically vassals of the US and therefore were only too willing to become tools of the superpower in facing the new awakening brought about by Khomeini.
Faktor lain berkait dengan hal ini adalah pengaruh Amerika Syarikat (AS) serta sesetengah kuasa barat lainnya ke atas Arab Saudi serta lain-lain negara Arab, terutama sekali di wilayah Teluk. Negara-negara ini yang kaya dengan minyak adalah sahabat kepada AS. Oleh sebab itulah mereka menjadi perkakas kepada superpower ini dalam menghadapi kebangkitan Islam yang digerakkan oleh Khomeini.
If Shiism was the reason for the Saudi attack on the Islamic movement arising after the revolution, then why did they not oppose the Shah in his heyday when he too was a Shiite?
Tetapi, jika Syiah yang menjadi sebab-sebabnya Arab Saudi menyerang gerakan Islam ini selepas revolusi berkenaan, mengapakah Arab Saudi tidak menentang Shah Iran di zaman kegemilangannya oleh kerana beliau juga pendukung Syiah?
It is obvious that the reason is that during the Shah’s time, the court ulama held influence, but after the revolution, the true ulama were spearheading the movement.
Oleh itu adalah jelas bahawa sebanya adalah pada ketika pemerintahan Shah Iran, ulama mahkamah yang berpengaruh, sedangkan sesudah revolusi, ulama sejatilah yang merebakkan pergerakan Islam.
My view is that this propaganda of the Shiite threat is merely created to save the thrones of the rulers in the Arab countries. And in this the US and European countries are also very keen to maintain the status quo in the Muslim world so that their survival can be better ensured and the flow and exploitation of oil will continue unhindered.
Oleh sebab itu saya berpendapat bahawa propaganda mengenai ancaman Syiah adalah sengaja dicipta oleh pemerintah di negara-negara Arab. Dalam konteks ini, AS dan negara-negara Eropah juga sangat berminat untuk mengekalkan status quo mereka di negara-negara Islam supaya kelangsungan mereka jadi lebih terjamin dan pengaliran serta eksploitasi minyak juga tidak akan terhalang.
No comments:
Post a Comment