Rakyat di Semenanjung Malaysia banyak tidak tahu Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan Malaysia telah meluluskan Lesen Judi Loteri 88 kepada Diriwan Corporation Sdn Bhd (DCSB), yang dimiliki sepenuhnya oleh Olympia Industries Berhad yang dipengerusikan oleh Rani Ibrahim, abang kandung Anwar Ibrahim di Sabah sekitar 1996.
Ketika Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri melalui kaedah 'Merry Go Round.' tidak ada rakyat Malaysia terutama ahli UMNO yang berani mendesak Anwar meletakkan jawatan kerana abangnya dan beliau sendiri menyokong kegiatan perjudian?
Menyedari desakan rakyat Sabah untuk mengurangkan perjudian di Sabah, Yong dan Kabinet Negeri Sabah telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen perniagaan Diriwan Corporation yang menjalankan operasi perjudian enam pertaruhan seminggu, berbanding tiga sebelum ini.
Walaupun Lesen Perjudian di Negeri Sabah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Akta Pertaruhan Pool 1967 yang telah dipanjangkan ke Sabah pada 1992, tetapi lesen perniagaan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di Sabah.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, ketika itu Datuk Lajim Haji Okin telah mengeluarkan surat pembatalan lesen perniagaan milik Diriwan Berhad menjadikan anak syarikat Olympia itu beroperasi secara haram; sehingga akhirnya Pengarah Urusan Diriwan, Datuk Lee Sheong Mai dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah.
Tindakan Lajim dan Kabinet Negeri Sabah ini menyebabkan Anwar marah dan mendesak Yong agar menarik balik pembatalan lesen perniagaan Diriwan; tetapi Kabinet Negeri Sabah tetap dengan keputusan awal sekalipun Kementerian Kewangan Malaysia meneruskan penyambungan lesen Diriwan.
Dalam kes Judi di Sabah, tidak ada pihak yang berani menyelongkar tindakan Anwar Ibrahim secara sedar telah menyalahguna kuasa dengan mencampuri keputusan Kerajaan Negeri Sabah; terutama menghalalkan 'Judi'
.
Berbeza dengan isu PKFZ, siasatan terhadap isu NFC belum lagi selesai, namun banyak pihak mula menjatuhi hukuman bersalah ke atas Shahrizat dan keluarganya; tanpa berpeluang membela diri di mahkamah undang-undang atau di suatu forum yang sesuai.
No comments:
Post a Comment