Monday, 23 January 2012

Mahathir Pejuang Dunia Islam Era Baru.



Ramai tidak mengetahui bagaimana seorang pemimpin yang beragama Islam kerdil ini telah menyerang Yahudi dan negara Israeli di media antara bangsa dengan berani dan bijak semasa memimpin negara ini ke mercu kegemilangan. Walau pun Tun Dr Mahathir cuma mewakili 60 peratus penduduk Islam dari jumlah penduduk 28 juta di negara Malaysia tetapi bidasan- bidasan beliau di arena antarabangsa terhadap negara Isreal dan bangsa Yahudi zionis mendapat perhatian luas di media antarabangsa. Kalau kita katakan Tun Dr. Mahathir Mohammad adalah seorang pejuang Islam dunia dalam era ke 21 tentu sekali ia tidak boleh sangkal sama sekali. Ketokohan dan keberanian beliau tidak tolak bandingnya untuk menentang penentang Islam ala baru. Jarang sekali kita akan memperolehi kembali pemimpin Islam seperti Tun Dr. Mahathir Mohammad. 

Gambar menunjukkan Tun Dr. Mahathir Mohamad merapat kemas mukanya ke multazam pintu Kaabah .Mereka hairan bagaimana seorang pemimpin yang amat dihormati seperti Tun Dr. Mahathir yang telah membuktikan kejayaan dalam pelbagai bidang telah membuat ketetapan untuk mengakhiri perkhidmatannya pada Oktober 2003.

``Umat Islam hari ini amat memerlukan pimpinan tokoh besar yang berwibawa seperti Tun Dr. Mahathir, ketika nasib negara-negara Islam tidak menentu dan umatnya pula semacam mengambil sikap untuk tidak bersatu.''

Tun Dr. Mahathir adalah contoh mithali pemimpin Islam pada abad ini.  Malaysia adalah sebuah negara Islam yang paling subur untuk dakwah, pembangunan ummah dan penyebaran syiar Islam. Hari ini Tun Dr. Mahathir sudah berjaya memastikan penggantinya dapat menyambung dan menyempurnakan misi dan visinya

No comments:

Post a Comment