Monday, 23 January 2012
KENALI MANUSIA DAJJAL
Keyakinan adanya akhir zaman akan datang dari sebuah wahyu, kerana peristiwa itu sendiri memang terjadi jauh didepan dari sejak pertama kali itu diterima. Dari semua kepercayaan agama dan tradisi mengungkapkan keyakinan akan adanya akhir zaman. Agama Nabi Ibrahim adalah yang paling pertama menerimanya sebagai wahyu dari Allah yakni kejahatan didunia ini akan mencapai puncaknya dan akan ada pembersihan terakhir untuk semua kejahatan atau dosa. Allah telah menyatakan melalui nabi-nabi Nya sejak abad kesembilan SM. .
Agama Nabi Ibrahim yang sekarang ini terbahagi kepada tiga golongan utama iaitu Yahudi, Kristian dan Islam, namun penjelasan tentang akhir zaman oleh ketiganya tetap memiliki banyak persamaan.
Ada banyak agama dan tradisi yang memiliki keyakinan-keyakinan tentang akhir zaman, yang menghasilkan beraneka sistem keyakinan, tradisi, dan perilaku. Kita akan melihat satu pengertian akhir zaman agama-agama besar didunia sampai kepada beberapa kepercayaan-kepercayaan tradisi untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jauh.
Teori bahawa Dajjal adalah manusia berjasad sememangnya teori atau tanggapan yang paling banyak dipegang oleh seluruh umat Islam.
Pada zaman dahulu, umat Islam percaya bahawa Dajjal adalah suatu makhluk hidup yang ganas yang akan muncul pada akhir zaman. Menghancurkan setiap manusia yang tidak patuh kepadanya. Dajjal juga dianggap berbadan besar, bertaring, ganas dan menakutkan.
Tapi kini semua itu telah mula diperbaiki setelah berlaku beberapa penemuan-penemuan manuskrip dan kajian yang menyeluruh terhadap permasalahan Dajjal. Pemikir-pemikir Islam kini mula mengkaji kitab-kitab Injil asli dan Taurat asli sambil mengutip pandangan-pandangan ulama’-ulama’ Yahudi yang percayakan akan kewujudan Dajjal pada akhir zaman.
Hasil kajian yang menyeluruh membuatkan seorang pengkaji terkenal Muhammad Isa Dawud mengemukakan teori barunya berkenaan Dajjal. Teorinya masih berpegang kepada teori lama iaitu Dajjal adalah makhluk hidup yakni manusia, bezanya dari segi identiti dan pertumbuhan Dajjal.
Gambaran tentang akhir zaman walaupun diungkapkan oleh berbagai agama dan tradisi pada prinsipnya memiliki keserupaan. Pesan akhir zaman itu adalah dunia telah rosak akibat dosa dan kejahatan manusia akan terus meningkat sampai pada puncaknya pada akhir zaman dimana pada waktu itu akan muncul penyesatan besar-besaran dibawah pimpinan satu kuasa yang begitu kuat, yang menyamar sebagai pembawa terang membawa manusia kepada kesesatan berpaling dari Allah yang benar; Allah pencipta kita.
Namun akan selalu ada umat sisa yang bertahan, yang tetap menyembah Allah. Wahyu di turunkan Allah kepada manusia sebagai pertolongan bagi yang memperhatikannya untuk terhindar dari jerat. Memahami akhir zaman adalah mencari Allah yang benar untuk dapat lepas dari tipu daya dosa yang membinasakan kepada kehidupan kekal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment